fbpx
Now Reading
“Yasser Sanggup Membuang Jauh Egonya Demi Menyelamatkan Hubungan Kami” – Azira Shafinaz

“Yasser Sanggup Membuang Jauh Egonya Demi Menyelamatkan Hubungan Kami” – Azira Shafinaz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Azira Shafinaz Ramlan mengakui, keistimewaan yang dimiliki Yasser Khan membuatkan hatinya tidak berganjak daripada jejaka itu walaupun mereka pernah diuji perpisahan selama enam bulan, tahun lalu,

Anggota kumpulan De Fam berusia 28 tahun itu berkata, dia telah kembali ke pangkuan kekasihnya sebelum Ramadan lalu kerana Yasser memiliki segala kriteria dicari dalam diri seorang lelaki.

“Kami putus dahulu bukan disebabkan orang ketiga atau kerana curang, cuma mungkin Allah mahu menguji keteguhan cinta kami.

“Bohong jika kami pernah tidak bergaduh atau bermasam muka, lebih lagi hubungan kami sudah berlanjutan hampir enam tahun. Ada ketika, perkara yang kecil boleh menjadi isu besar.

“Kami perlukan tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri. Keputusan itu memberi kami ruang untuk berfikir semasak-masaknya, sama ada mahu mengakhiri atau memperbaiki hubungan yang berantakan,” katanya.

Gambar: Budiey

Menurut Azira, perpisahan itu memberikan dia dan Yasser jawapan iaitu antara mereka saling memerlukan satu sama lain.

“Segala masalah dibincangkan dengan baik, malah Yasser sanggup membuang jauh egonya demi menyelamatkan hubungan kami. Sifat matang itu jarang ada pada lelaki lain,” katanya.

Azira berkaya, Yasser mempunyai cara pemikiran yang berbeza dan sentiasa membentuknya menjadi insan yang lebih baik. Malahan, Yasser sangat memahami, dan tidak cemburu buta dengan kehidupan Azira yang sentiasa dilimpahi perhatian ramai.

“Paling utama, dia mementingkan agama. Dia selalu menekankan mengenai solat dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan.

“Saya selalu memberitahu rakan, saya mahukan ‘imam’ yang dapat membimbing, bukan lelaki yang hanya memandang kesempurnaan luaran, tetapi gagal membentuk saya.

“Tidak pernah saya temui lelaki yang ikhlas menyayangi saya seperti Yasser. Biarpun hubungan kami pernah diuji dengan perpisahan, Yasser tidak berputus asa memujuk dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Sumber: BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.