fbpx
Now Reading
“Saya Tidak Mahu Hidup Berpura-pura” – Zizi Kirana

“Saya Tidak Mahu Hidup Berpura-pura” – Zizi Kirana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zizi Kirana, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, sebelum ini telah bertudung di bulan Ramadhan. Meskipun belum bersedia untuk bertudung, dia sentiasa berusaha membentuk diri menjadi insan yang lebih baik.

“Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura.

“Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar. Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian,” kata penyanyi yang terkenal dengan imej seksi, Zizi Kirana.

“Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina.

“Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri. Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, Zizi berkata, dia akan terus memperjuangkan irama hip hop yang sudah sebati dalam dirinya sejak menyertai kumpulan The Fabulous Cats.

“Selepas bergerak solo pada 2015, saya lihat jenama Zizi Kirana semakin kukuh, malah saya sudah boleh berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan kumpulan lama.

“Selagi diterima, saya akan setia membawakan lagu hip hop dan rap. Insya-Allah, awal bulan depan, saya akan tampil dengan sebuah lagi lagu baharu,” katanya.

Sumber: BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.