Ini Penjelasan Noh Hujan Mengapa Tidak Bawa Lagu Ketuhanan

Pasti ramai tahu Noh Hujan dan Mizz Nina sering menyertai aktiviti amal dan misi kemanusiaan. Baru-baru ini, pasangan itu terbang ke Syria untuk membantu umat Islam di sana.

Bagimanapun, ramai netizen menyifatkan vokalis kumpulan Hujan itu tidak lagi seperti dulu. Namun, Noh memberitahu dia masih individu sama yang terus membawakan lagu berunsur Rock & Roll.

Noh memberitahu ada yang bertanyakan mengapa dia tidak membawakan lagu bersifat ketuhanan. Namun, Noh berkata dia tidak akan memenuhi permintaan orang lain dan lebih selesa menjadi diri sendiri.

“Bila saya jumpa fans je, pasti tanya ‘Noh kenapa lama tak keluar televisyen. Ada juga yang tanya kenapa saya tidak membawakan lagu Islamik. Soalan saya di sini, mengapa saya perlu memenuhi selera orang sehingga perlu ketepi kepuasan sendiri.

“Saya tak perlu jadi orang lain. Di Malaysia ini, lebih ramai orang takut dengan netizen berbanding Tuhan,” katanya kepada Xtra.

Dalam pada itu, ujar Noh lagi populariti bukan lagi kepentingan dalam hidupnya dan sudah sampai masanya untuk dia berbakti kepada masyarakat.

“Saya lebih pentingkan keseimbangan. Saya sudah set waktu untuk muzik dalam diri hanya 30% sahaja selebihnya untuk keluarga dan kerja amal.

“Kalau saya all out untuk hiburan, apa yang tinggal? Dunia ini kejap sahaja. Saya sudah rasa zaman di atas. Sudah sampai masa saya beri semula kepada masyarakat,” katanya


Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago