
Radhi OAG Didakwa Sedang ‘High’ di Mahkamah Oleh Netizen?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hanya mampu bertahan selama lima tahun, mahligai rumah tangga Radhi OAG dan Syahira Ayu akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu semalam.
Namun sejak semalam, video temubual Radhi mengenai isu perceraiannya oleh satu portal berita menjadi perhatian netizen.
Radhi dilihat tenang menjawab soalan daripada wartawan, namun netizen mengatakan perlakuan vokalis OAG itu agak pelik seolah sedang khayal.
Malah, ramai yang meninggalkan komen ‘kacip’. Seorang netizen turut menjelaskan istilah ‘kacip’ digunakan oleh mereka yang mengambil dadah merujuk seseorang itu sedang khayal.
Radhi-Ayu sah cerai talak satu
— Sinar Harian (@SinarOnline) July 16, 2019
Dapatkan berita menarik di https://t.co/JXTxpnAq8R
Untuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di https://t.co/2PLuEIUaxb#cerai #Radhi #Ayu #OAG #sinarharian pic.twitter.com/ZsTEKgDBl2



Ada juga netizen yang menganggap Radhi sedang mengunyah Bubble Tea kerana dia dilihat sedang memegang cawan plastik ditangannya.



Bagaimanapun itu hanyalah dakwaan netizen semata-mata dan diharap tiada pihak membuat spekulasi liar mengenai isu berkenaan. Terdahulu, Radhi mengakui pernah terjebak dengan bahan terlarang itu sejak zaman remajanya.
- SUMBER : ROTIKAYA