fbpx
Now Reading
Firman Terima Berlian Palsu, Tuntut Hak Dari Datuk Seri Vida

Firman Terima Berlian Palsu, Tuntut Hak Dari Datuk Seri Vida

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi popular Indonesia, Firman Siagian mendakwa beliau juga telah menerima berlian yang tidak tulen dari Datuk Seri Vida. Berlian itu merupakan hadiah yang diterima sewaktu menyertai Gegar Vaganza (GV) musim keempat lalu.

Justeru itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kehilangan tersebut akan menuntut haknya melalui proses undang-undang.

Firman berkata, dia sudah memaklumkan kepada penaja utama program itu tentang hal tersebut. Namun kata Firman, sehingga ke hari ini dia tidak mendapat sebarang maklum balas daripada usahawan tersebut.

“Tempoh hari saya mengikuti kes tuntutan hadiah berlian yang didakwa juara GV , Aishah yang tidak tulen.

“Lantas saya pergi ke sebuah kedai emas di Bandung dan terkejut apabila hadiah berlian untuk saya juga tidak tulen,” kata Firman yang merupakan salah seorang finalis program tersebut.

Jelas Firman, pada awalnya dia mahu menyelesaikan masalah tersebut secara baik dengan Vida demi menghormati hubungan mereka dan jasa baik usahawan itu.

Tambahnya juga, jika tiada sebarang maklum balas daripada Vida, dia juga terpaksa menggunakan khidmat peguam.

“Saya cuma mahu hak saya melalui hukum (undang-undang),” kata Firman menerusi mesej WhatsApp ketika dihubungi.

Dalam GV yang lalu, Firman memenangi tempat kelima dan menerima hadiah wang tunai RM15,000 serta barang kemas tajaan Vida.

Sumber: Utusan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.