
Cikgu Add Math Jadikan Subjek Ni Santai Dan Menarik untuk Dipelajari
Foto : IG @fathihussein
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Melainankan anda memang seorang pakar matematik, anda pasti setuju dengan kenyataan semua orang bahawa Add Math adalah satu subjek yang memang pecah otak.
Namun perkara ini dapat di atasi sekiranya dipertemukan dengan cikgu yang tepat
Kami kenalkan Fathi Hussein , cikgu matematik muda dari cheras yang kini namanya sedang meletop-letop di media sosial. Sebab apa ? Sebab tips dan teknik pembelajaran beliau yang santai tapi ‘padu’ dalam usahanya untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam memahiri subjek add math.
Untuk pengetahuan korang, Fathi ni juga salah seorang tenaga pengajar di Astro Tutor TV , saluran pendidikan ineraktif yang menyasarkan pelajar sekolah terutama calon UPSR , PT3 dan SPM.
Sering kelihatan dengan baju batik, Fathi di akaun IG nya banyak memuat naik Klip video sesi pembelajaran kendalian beliau di Maths Clinic. Salah satu videonya berjaya mendapat 355,000 tinjauan dan 300 komen . Wow! Dah level artis ni. Pengikut IG nya sahaja sudah mencecah 60K
Apa kata korang tengok video-video kat bawah ni, mana tau kalau anda terpikat dan berminat nak join kelas Cikgu Fathi . Boleh follow dan hubungi beliau.
Sumber: malaymail