Kisah Permohonan Maaf Neelofa dan IG Story nya Setelah Dikecam netizen

Neelofa  semalam dikecam hebat di Twitterjaya setelah seorang pengguna laman sosial @megatariff memuat naik satu kicauan berserta screenshot yang diambil terus dari IG story artis popular itu.

“Jadi takde siapa nak bersuara apabila Neelofa merakam The Lion King dan memuat naik ke Instastory? Atau sebab dia selebriti dia boleh buat apa saja yang dia mahukan ? “

Pengguna itu turut bertindak memaklumkan (mention) kejadian tersebut pada pihak GSC dan TGV.

Apa yang turut di muat naik  adalah satu screenshot dari IG story Neeolofa yang memaparkan babak dari filem The Lion King. Teruk dikecam warga Twitter, atau baru perasan kesilapannya Neelofa terus bertindak memadam posting tersebut.

Keadaan menjadi lebih tidak keruan setelah Pihak GSC dan TGV turut memberi maklum balas dan dikatakan telah membuat laporan kepada Disney mengenai insiden tersebut. Posting asal twitter yang yang dimuat naik oleh Megat Ariff itu juga bagaimanapun telah dipadam oleh pemunya akaun itu sendiri.

Namun hari ini, Neelofa bertindak memohon maaf atas rakaman tersebut dan menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk melanggar undang-undang hak cipta memandangkan yang dia juga seorang artis.

Neelofa turut menyatakan secara jujurnya tindakan itu dibuat hanya kerana perasaan terujanya terhadap Filem Lion King dan dia juga bertujuan menyokong filem tersebut dengan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk menonton Namun tanpa dia sedari, tindak tanduk nya itu akan menjadi satu masalah baru untuknya.


“Saya dengan ini mengambil tanggungjawab penuh atas kesalahan saya dan berharap semua orang dapat belajar sesuatu dari kejadian ini dan lebih berjaga-jaga di masa hadapan” – Neelofa

Semoga perkara ini dapat diselesaikan degan baik. Apa-apa pun, kita sebagai seorang manusia pasti takkan lari dari melakukan kesilapan dan acap kali terlepas pandang sesuatu perkara yang kelihatan agak kecil.Jadi kena sentiasa berwaspada dengan apa saja yang kita lakukan. Bak kata Neelofa, baik berjaga-jaga di masa hadapan.

Recent Posts

  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

1 min ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago