fbpx
Now Reading
Pelajar Malaysia Pertama Terima Anugerah Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth Mineral & Sciences

Pelajar Malaysia Pertama Terima Anugerah Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth Mineral & Sciences

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita pasti merasa gembira dan bangga sekiranya dapat tau ada rakyat dari negara kita di beri anugerah atau  pengiktirafan oleh mana-mana badan di luar negara. Yelah bila kita di luar ni, kita akan membawa bersama nama negara kita tak kira kemana saja kita pergi.

Itu yang terjadi kepada seorang pelajar tajaan JPA baru-baru ini iaitu Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24 tahun. Beliau telah dipilih menerima Anugerah Tertinggi Engineering Honor Marshall , College of Earth and Mineral Sciences dari Pennsylvania State University , Amerika Syarikat dengan skor penuh Putara Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0. Ini sekaligus menjadikan Muhammad Saiful anak Malaysia pertama yang pernah menerima anugerah ini.

 Kami juga difahamkan bahawa wakil Pennsylvania State University turut memuji Muhammad Saiful atas pencapaian akademiknya yang memberangsangkan serta kemahiran memimpinnya yang tinggi.

JPA melalui akaun twiter nya turut memuat naik satu video ucapan apresiasi oleh Muhammad Saiful sebelum majlis tersebut di adakan.

Lahir di Setapak, Kuala Lumpur dan membesar di Sungai Petani, Kedah, anak bongsu dari empat beradik ini sangat aktif bersukan dari bangku sekolah lagi.  Bekas penuntut Kolej Yayasan Saad (KYS) ini juga merupakan seorang  perenang dan banyak menyertai pertandingan berenang di Terenganu.

Bercita-cita untuk menjadi Jurutera Petroleum seperti seorang kakaknya, beliau kini sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor  in Energy Business and Finance di Universiti tersebut .

Sumber : NST

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.