fbpx
Now Reading
Akibat Tidak Iktiraf Cuti Umum Pertabalan Agong, Syarikat Dalam Siasatan

Akibat Tidak Iktiraf Cuti Umum Pertabalan Agong, Syarikat Dalam Siasatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum tahu bahawa selasa ini, 30 Julai 2019 adalah hari cuti am tambahan yang di telah di berikan oleh kerajaan bagi meraikan hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Namun baru-baru ini kecoh di kalangan netizen gara-gara tersebarnya sehelai surat pekeling yang didakwa dari sebuah syarikat di Johor Bahru yang tidak mengiktiraf Hari Pertabalan YDPA sebagai cuti umum dengan alasan mereka sudah mewarta 11 hari cuti umum syarikat.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya akan menyiasat syarikat tersebut dan dalam masa sama akan turut menyiasat kesahihan surat yang viral di media sosial itu.

Jika dilihat pada isi kandungan surat tersebut , syarikat berkenaan dalam kenyataannya tidak akan memberikan sebarang pertimbangan berhubung cuti umum yang diberikan, dan mana-mana pekerja yang didapati tidak hadir menjalankan tugas pada tarikh tersebut akan diberikan surat amaran.

Kementerian Sumber Manusia pada 26 Julai 2019 yang lalu telah mengeluarkan kenyataan, bahawa tarikh 30 Julai adalah hari kelepasan am tambahan diseluruh negara yang diberikan oleh kerajaan sempena Hari Pertabalan YDPA.

Kementerian itu  turut memaklumkan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menarik perhatian majikan sektor swasta berkaitan kewajipan memberi cuti umum tambahan kepada pekerja selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan di Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.