fbpx
Now Reading
Gara-gara Video Tiktok Viral, Pelatih Hospital Di Buang

Gara-gara Video Tiktok Viral, Pelatih Hospital Di Buang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aplikasi Tik Tok boleh dikategorikan sebagai aplikasi yang sedang meningkat naik dan sentiasa panas! Malah penggunanya terdiri dari semua golongan,  dari anak kecil, remaja hinggalah ke golongan yang berusia. Yang pasti ciri-ciri dan efek-efek hebat di dalam aplikasi tersebut membuatkan ramai orang lebih gemar membuat naik video mereka di situ.

Tidak kurang juga konten konten didalamnya  yang sering mendapat perhatian dengan aksi-aksi yang melucukan, malah ada juga klip video yang menjengkelkan bagaikan menanti kecaman.

Terbaru dua orang pelajar praktikal dalam jabatan fisioterapi di Hospital Gandhi, Hyderabad India , M Shyam dan Veena Kumar telah dibuang daripada menjalani perantisan atas kesalahan merakam video untuk tujuan di muat naik ke Tik Tok


Aik ? Tak salah sepatutnya bukan?

Ya! Tapi yang menjadi kesalahannya adalah kerana mereka berdua melakukan rakaman itu selepas menjalankan tugas dan lebih serius  lagi lokasi rakaman adalah di dalam jabatan fisioterapi hospital berkenaan.

Rakaman video berkenaan yang sebenarnya telah dirakam 3 bulan yang lalu melihatkan kedua-dua pelajar tersebut sedang menari sambil menyanyikan beberapa buah lagu. Namun carian kami bagi mendapatkan video berkenaan gagal.

Di sebabkan insiden itu, kedua-kedua pelatih telah di arahkan pulang ke kolej masing-masing. Insiden ini juga telah menyebabkan jabatan fisioterapi hospital berkenaan mendapat notis dari pihak atasan mereka.


“Pelajar kami tidak tidak terlibat dalam aktiviti sedemikian. Kedua-dua nya bukan dari Hospital Gandi . Kami telah hentikan latihan mereka kerana tingkah laku cuai selain menghantar notis kepada pihak jabatan fisioterapi mengenai isu ini “  – Dr P.Sravan Kumar, Superitendan Hospital Gandhi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.