fbpx
Now Reading
Momen Comel dan Romantik Agong dan Permaisuri sewaktu majlis pertabalan YDPA

Momen Comel dan Romantik Agong dan Permaisuri sewaktu majlis pertabalan YDPA

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Istana negara semalam menyaksikan satu lagi peristiwa bersejarah Malaysia apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin  Al Mustaffa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang Di Pertuan Agong ke-16.

Upacara istiadat yang berlangsung  dalam suasana  penuh dengan tradisi dan adat Raja-Raja melayu itu disiarkan secara langsung buat tatapan rakyat Malaysia di TV juga di internet, ihsan dari RTM.

Namun gelagat YDPA dan Raja Permaisuri berjalan masuk ke Balairung benar-benar mencuit hati orang ramai apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat dua kali cuba menarik tangan Baginda YDPA agar mereka dapat berjalan seiringan sewaktu berjalan masuk Ke Balairung Seri , Istana Negara.

YDPA sebelum itu beberapa kali berhenti berjalan bagi merapatkan jarak Baginda dengan Permaisuri yang kelihatan tertinggal beberapa tapak di belakang.

Bagaimanapun momen paling menghiburkan dan agak romantik  apabila Baginda YDPA menghayunkan tangan sambil tersenyum saat tangan baginda berdua bertaut sebelum meleraikan tangan mereka.

Momen tersebut turut tular di media sosial apabila sorang  pengguna twitter telah memuat naik klip tersebut di akaun beliau dengan ciapan “Bila isteri marah apasal tak pegang tangan masa jalan” . Perkongsian tersebut telah mendapat 44, 100 ulang ciap dan 32.8 k likes

Sebagai rekod  YDPA Al-Sultan Abdullah, mengangkat sumpah dan menandatangai surat sumpah jawatan sebagai YDPA ke-16 pada hujung januari yang lalu bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang telah meletakkan jawatan pada 16 Januari.

Daulat Tuanku!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.