Now Reading
Penternak Tolak Tawaran RM 22,000 Sebab Terlalu Sayangkan Lembu

Penternak Tolak Tawaran RM 22,000 Sebab Terlalu Sayangkan Lembu

Bagaikan sudah menjadi trend terbaru bagi penternak lembu  di Pantai timur untuk menternak lembu sado. Mungkin kerana pulangannya yang lumayan dan permintaan yang tinggi menyebabkan  penternakan lembu hybrid  ini semakin berkembang pesat .

Nanun lain ceritanya bagi si Merah.  Lembu sado dari baka import, Limousine yang amat terkenal di Bachok, Kelantan. Lembu jantan yang berusia tiga tahun ini  beratnya melebihi 1 tan . Percaya atau tidak harganya mampu mencecah hingga ke RM30,000.

Bagi pemiliknya Abdul Rahim Salleh, 74, keserasian dan kasih sayang antara Merah dan dirinya membuatkan dia tidak pernah berniat untuk menjual lembu sado tersebut walaupun pernah menerima tawaran dari pembeli sebanyak RM22,000. Abdul Rahim yang ditemui sinar harian sewaktu sedang mengadakan persiapan  bagi pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan (HPPN) yang di adakan di Pantai Bisikan Bayu di sini

“Lembu saya ni dah kerap kali dipamerkan dalam karnival di seluruh Kelantan dan kerap kali juga menang hadiah utama.

See Also

“Setakat ini saya tidak berhasrat untuk menjualnya, jika saya setuju menjualnya nanti harganya mestilah yang ‘selesa’ bagi saya iaitu tidak kurang RM25,000,” katanya.

Lembu jantan gergasi yang berusia 3 tahun itu dibeli oleh Abdul Rahim dengan harga RM 7,000 ketika lembu itu baru berusia 6 bulan. Dari segi penjagaan, Merah diberikan makanan khas , malah akan dimandikan empat kali sehari.Bukan itu saja Merah juga selalu di urut badannya . Perhatian dan kasih sayang yang diberikan membuatkan lembu sado ini jinak sehingga kan ia mengenali namanya sendiri.

Merah, baka jenis limousin adalah salah satu tarikan utama HPPNK yang akan berakhir pada 4 ogos ni . Turut dipamerkan adalah lembu-lembu sado dari baka angus, charolais , unnggul blonde, piemabtese, kedah kelantan dan belgium blue.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.