fbpx
Now Reading
Rasa Takut Bila Tengok Perempuan Itu Petanda Anda Gynophobia

Rasa Takut Bila Tengok Perempuan Itu Petanda Anda Gynophobia

Andakah anda ada rasa takut saat melihat  wanita khususnya wanita cantik? Atau anda ada rasa fobia atau tidak selesa jika berdekatan dengan wanita-wanita ini?  Sekiranya jawapan anda ialah Ya,  anda mungkin menghidap penyakit gynophobia atau turut dipanggil gynephobia.

Gynophobia yang berasal dari dua perkataan Greek  iaitu ‘Gyne’  untuk wanita dan ‘Phobia’ untuk takut , bagaimanapun bukanlah satu trauma , sebaliknya ia hanyalah satu perasaan takut atau rasa insecure yang boleh dialami oleh kaum lelaki atau kaum wanita terhadap wanita lain.

Gambar Sekadar Hiasan. Foto Adira Salahudi IG : @adirasalahudi

Penyakit ini bagaimapun tiada kaitan dengan misogyny , sindrom yang dialami oleh lelaki-lelaki dalam budaya patriarki yang menampakkan sifat anti-perempuan mereka dan menggangap wanita hanya sebagai sumber masalah.

Antara gejala yang dialami adalah rasa cemas ,mual , berpeluh dingin secara tiba-tiba dan jantung berdegup agak pantas saat berinteraksi dengan wanita.

See Also

Penyakit ini bagaimanapun dikatakan boleh dirawat dengan melakukan beberapa jenis rawatan seperti sesi kaunseling ,psikoterapi , hipnoterapi , dan Neuro Linguistic Programming(NLP).

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.