
Harry Maguiere Sah Sertai MU, Kini Pemain Pertahanan Termahal Di Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harry Maguiere kini menjadi pemain pertahanan termahal di dunia selepas Manchester United menandatanginya dengan harga £80 Juta dengan kontrak selama 6 tahun.
“Manchester United mengesahkan sudah menandatangani Harry Maguire dari Leicester City” – Jurucakap Manchester United
Pemain pertahanan tengah England yang berusia 26 itu memang sudah lama menjadi tumpuan Pengurus MU , Ole Gunnar Solskjaer bagi memperkukuhkan barisan pertahanan mereka bagi musim baru liga yang bakal bermula hujung minggu ini.

“Saya gembira kerana telah menandatangai kontrak untuk kelab hebat ini” Saya juga menikmati karier saya semasa di Leicester dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di sana dan peminat atas sokongan hebat mereka sepanjang dua musim yang lalu. Bagaimanapun, apabila Manchester United datang mengetuk pintu anda. Ia adalah peluang hebat yang tidak patut dilepaskan.” – Harry Maguire
Untuk pengetahuan rekod pertahanan termahal dunia sebelum ini milik Virgil Van Dijk yang dibeli Liverpool dengan harga £75 juta pada 2018.