Now Reading
Padah Berhenti di Lorong Kecemasan Untuk Bermadu Asmara

Padah Berhenti di Lorong Kecemasan Untuk Bermadu Asmara

Tindakan kekasih berpelukan di lorong kecemasan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya lain.

Mereka dikesan meletakkan kereta di sepanjang dua kilometer lorong kecemasan lebuh raya itu yang terletak bersebelahan pantai menghadap Georgetown, sebelum bercumbu menghayati pemandangan di situ.

Tindakan degil mereka yang tidak mengendahkan peraturan mengundang padah apabila dikompaun Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kelmarin.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam operasi bermula jam 10 malam sehingga lewat tengah malam itu, pihaknya mengeluarkan saman keseluruhan berjumlah RM4,800 kepada 16 pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di lorong kecemasan di situ.

“Mereka didapati melakukan kesalahan halangan di atas lorong kecemasan di situ dan tindakan penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan tanpa kompromi.

“Polis mendapati sejak akhir-akhir ini pengguna jalan raya berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di situ walaupun terdapat papan tanda amaran dilarang berhenti di kawasan berkenaan,” katanya.

See Also

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikenakan denda sebanyak RM300.

Sumber : BH Online

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.