fbpx
Now Reading
“Saya Minta Maaf Zulfarhan!” – Akmal Akif lega berjumpa keluarga Arwah Zulfarhan

“Saya Minta Maaf Zulfarhan!” – Akmal Akif lega berjumpa keluarga Arwah Zulfarhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Andai Zulfarhan Masih Hidup , Saya Nak Mintak Maaf Kerana Gagal Selamatkan Dia “ itulah luahan yang terbuku di hati Muhammad Akmal Akif Alias yang ditemui selepas mahkamah melepaskan beliau dari tuduhan bersubahat dan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

“Tapi saya sentiasa doakan dia. Kalau kita doakan dia di sana, saya percaya dia akan bantu kita dekat sini Insya-Allah-  Muhammad Akmal Akif  

Dia juga lega dan bersyukur kerana dapat bertemu dengan keluarga arwah. tempoh hari.

“Saya rasa gembira apabila dapat berborak dengan keluarga arwah Zulfarhan secara depan-depan. Mula-mula tu nervouslah tapi bila dah cerita perkara sebenar dekat mereka saya lega sangat”

Muhammad Akmal atau lebih mesra dipanggil Akmal  turut memberitahu dua tahun ini adalah igauan ngeri dalam hidupnya selepas berdepan kes bunuh itu. Selain memadam gambar di media sosial, dia juga terpaksa berbohong mengenai universitinya kerana bimbang terhadap persepsi masyarakat, malah status dia ketika itu sebagai orang kena tuduh(OKT) menggusarkannya.

“Bagi saya tempoh dua tahun ini memang sukar walaupun saya tidak bersalah, tetapi selagi saya dikategorikan sebagai orang kena tuduh(OKT) ia bukanlah sesuatu yang mudah dan apa yang terjadi memberi kesan kepada saya dan keluarga.

“Pelbagai kecaman dilemparkan, malah ada segelintir masyarakat memandang serong serta mempertikaikan keputusan mahkamah yang membebaskan saya sehingga saya berasa takut untuk berjumpa dengan orang luar”

Ayah Zulfarhan sujud syukur selesai prosiding akhir mahkamah

Mahkamah Tinggi rabu lalu memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Akmal dari sebarang pertuduhan dalam kes tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.