fbpx
Now Reading
Tahniah! Nina Iskandar Sudah Sah Bergelar Isteri Lan Lebah

Tahniah! Nina Iskandar Sudah Sah Bergelar Isteri Lan Lebah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B0xxPRfDV3a/

Akhirnya desas desus peminat mengenai gambar kad berserta sampul berwarna merah yang dimuat  di IG story Nina Iskandar beberapa hari lalu telah terjawab. Kad tersebut merupakan kad undangan bagi majlis perkahwinan Nina bersama Penolong Pengarah(AD) Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah.

Dipetik dari mStar online, pasangan ini sebenarnya telah bernikah pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga. Namun jadual penggambaran yang agak ketat menyebabkan mereka terpaksa melakukan majlis resepi 4 bulan selepasnya .

“Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini” – pihak pengurusan MIG Metrowealth

Nina atau nama sebenanrya, Nur Akmalina Iskandar turut dilihat memuat naik sekeping foto beliau dan suami yang diambil dari majlis resepsi tersebut di Instagram milik beliau .

Pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah di Forest Valley Hall, Cheras pada ahad yang lalu. Antara rakan artis yang turut hadir ialah Amyra Rosli, Ayda Jebat, Shakilla Khoriri, Puteri Aishah, dan Sissy Iman.

Tahniah Nina dan suami!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.