fbpx

Jejak kasih adik beradik yang terputus hubungan dari kecil kini bertemu atas kuasa viral

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/AmeraNajeha_/status/1158562126375636992

Kisah 4 beradik yang bertemu kembali dengan kuasa viral selepas hampir belasan tahun terputus hubungan mencuri perhatian netizen. Apa yang lebih mengharukan apabila usaha salah seorang mereka iaitu @fdzhx , atau nama penuhnya Nur Hafidzah Rusdi selama 4 tahun menampakkan sinar harapan apabila perkongsiannya di twitter telah di ulang ciap sebanyak 9400 kali .

Berbekalkan gambar keluarga semasa mereka masih kecil dan sedikit info, Hafidzah mencuba nasibnya di twitter

Dia amat berharap dapat berjumpa dengan mereka memandangkan dia akan berkahwin dalam masa terdekat

Dia turut memuat naik nama selain gambar mereka sekeluarga bagi memudahkan usaha menjejaki mereka setelah usaha melalui carian di JPN dan rekod perubatan tidak berjaya

Namun dengan kuasa tuhan dan kuasa viral. Selepas 11 jam menanti, salah seorang dari mereka yang dia cari selama 4 tahun, iaitu Nur Ellina ,23 memunculkan diri.

Jejak kasih yang mengharukan para netizen, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira dan terharu malah ramai yang mengeluarkan air mata bersyukur saat adik-beradik ini berjaya ditemukan semula. Mereka kini telah pun berhubungan melalui whatsapp dahulu memandangkan Hafidzah tinggal di Singapura manakala mereka yang lain iatu Ameera Najeeha, Nur Ellina dan Muhd Idzmi Haiza menetap di Pahang. Difahamkan akan berjumpa sesama sendiri dalam 3 minggu lagi.

Ameera kakak pertama sebelum ini juga pernah cuba menjejaki adik nya menggunakan instagram namun usahanya tidak berhasil. Dikhabarkan juga ibu mereka telah pun meninggal dunia.

Hafidzah dalam posting terbaru beliau , kelihatan begitu gembira ditemukan kembali dengan mereka. Mereka berempat turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menemukan mereka. Semoga adik beradik ini akan kekal bersatu selamanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.