
Datuk Bandar Diikat Penduduk Kerana Janji Janji Palsu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Datuk bandar adalah pegawai atau ketua pentadbir di sebuah kawasan yang bersatus bandar atau bandaraya. Kat Malaysia selain Datuk Bandar, ketua pentadbir turut digelar Presiden (Putrajaya) dan ada juga yang digelar Pengerusi (Labuan). Walau apa pun panggilan untuk jawatan mereka, fungsinya tetap sama.
Nak tengok kewibawaan Datuk Bandar? Tengok kawasan seliaannya. Macam bandar-bandar di Malaysia, Datuk bandar kita kebanyakan boleh dikatakan menjalankan tugas dengam baik. Tengoklah hasilnya, bandar-bandar kita tersergam indah, bersih dan dijaga rapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang di bawah seliaan mereka.
Namun lain ceritanya di Mexico, apabila seorang Datuk Bandar di negeri Chiapas diikat pada sebatang tiang oleh penduduk tempatan, gara-gara tidak mengotakan janji-janji yang dia buat sewaktu berkempen pada pilihan raya lalu.
Difahamkan kejadia berlaku sewaktu Datuk Bandar Siltepec, Pedro Damian Gonzalez Arriaga mengadakan lawatan kerja ke sebuah pekan, La Laguna. Penduduk yang pada mulanya hadir bertemu beliau secara aman bagi memohon peruntukan bagi membaiki jaringan jalan raya di bandar berkenaan,sepanjang 2km bertukar berang setelah permintaan mereka ditolak oleh Ariagga dengan alasan ketidakseimbangan bajet dan hanya akan membaiki 1 km jalan sahaja dahulu.
Kemarahan mereka tidak dapat redakan walaupun Ariagga berjanji akan mendapatkan lebih peruntukan menyebabkan mereka nekad mengikat ahli politik tersebut dan lantas membotakkan kepalanya.
Menurut media , penduduk tempatan merasakan mereka sudah tertipu dengan segala manifesto dan janji Ariagga, malah dia turut membazirkan wang rakyat untuk menghias pejabatnya .

Arriaga sebelum ini telah mengeluarkan manifesto yang diantaranya akan memperbaiki sistem pengangkutan awan bandar berkenaan serta beberapa lagi projek berkepentingan awam dalam kempen pilihanrayanya.