Usahawan Durian dan Buah-buahan Jana RM 8 Juta Sebulan! Wow!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau Durian adalah Raja Buah. Lelaki ini adalah Raja Durian!
Mari kami kenalkan Chin Ken Soon, 38 seorang usahawan Agro yang berjaya dari Negeri Sembilan. Percaya atau tidak , dia mengusahakan lebih 80 hektar tanaman buah-buahan di Pahang , dari durian kampung sampailah ke musang king. Semua dia ada!
Wahhhh banyaknya nya!
Dia yang ditemui mengatakan kutipan hasil penjualan durian di dalam negara sahaja boleh mencecah RM 4 juta sebulan. Manakala keuntungan selebihnya diperolehi adalah melalui hasil eksport buah-buahan tropika tempatan yang lain seperti betik, belimbing, tembikai dan manggis .
Antara negara yang membawa masuk hasil tanaman miliknya adalah China, Arab Saudi dan beberapa negara di Eropah dengan purata sebanyak 100 Tan Sebulan.Wah nak dekat 8 kontenta tu!!
Kami di fahamkan usahawan Agro ini sedang melebarkan perniagaan dengan membuka beberapa gudang durian di sekitar Negeri Sembilan . Gudang pertama beliau yang pertama kini boleh dikunjungi di Temiang, Seremban.
Moga semakin maju dan sukses Chin Ken Soon!