Sajad dapat tawaran belakon KL Gangster 2
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sajad sebentar tadi menerusi posting di Instagram nya berkongsi gambar satu screenshot perbualan whatsapp antara Pembantu Peribadinya, Shamil dan seseorang yang mengenalkan dirinya Geniey dari Skop Production .
Kandungan dalam Screenshot itu turut melihatkan yang Pihak Skop sedang melamar Sajad untuk memegang satu watak bagi sebuah ‘scene’ bagi Series KL Gangster 2 : Underworld yang sedang bersiaran di iflix.
Sajat atau nama penuhnya Sajat Kamaruzaman, turut memuat naik kapsyen yang menampakkan keterujaannya apabila diberi peluang untuk berlakon sekali lagi setelah membuat kemunculan pertama nya di layar perak menerusi Filem Ophilia dengan memegang watak seorang Pondan yang bernama Ophilia.
Difahamkan penggambaran akan berlangsung 3 bulan lagi iaitu pada bulan 11 (November)
Alhamdulillah rezeki saya .Dulu memang saya pernah berlakon, Kalau awak semua ingat, Saya berlakon cerita Ophilia, lepas ini i hempas lagi!!!! nak tahu i pegang watak apa??? NANTIKAN NURSAJAT BERAKSI DI LAYAR PERAK!!! lepas ini i akan jadi wanita gengster lawan dengan Syamsul Yusof gitu! – Sajad
Nantikan kemunculan Sajad di layar perak gaiss! Mungkin dia akan memegang watak sebagai ‘fighter’ errr. atau mungkin sebagai polis. Hahaha Kita nantikan!