Saya Bukan Bodoh Nak dera Anak Sendiri – Elvina Isu Foto Ikat Anak Dengan Tape
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bermula dari gurauan, foto anak elvina yang dimuat naik di IG yang memperlihatkan bayi itu diikat dengan pita pelekat akhirnya memakan diri sendiri kerana dituduh mendera anaknya , Karl Mateen oleh sebilangan netizen yang dikatakan tidak senang hati dengan perilakunya.
Rata-rata pengikutnya di IG menyifatkan tindakan Elvina itu tidak bertimbang rasa dan seakan-akan menganiaya bayi kecil tersebut yang tidak tahu apa-apa.
Terkejut dengan tuduhan tersebut Elvina atau nama sebenarnya Nurzalina Mohamad tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan dia lansung tiada niat mendera anak nya sendiri seperti yang didakwa netizen.
“Tak sangka apabila saya post gambar itu di Instagram, ia menjadi isu besar. Siap kaitkan saya dengan orang lain kerana dera anak. Mereka ini sangat melampau!
“Takkan lah saya nak dera anak saya sendiri, ia hanya gurauan. Kapsyen itu sahaja sudah menunjukkan yang saya hanya bergurau. Takkan lah mereka tak boleh nak fikir? Lagipun saya guna pita pelekat hospital dan dia gelak sahaja. Tak mungkin saya nak buat benda yang tak betul?
“Saya bukan bodoh sangat sampai nak dera anak sendiri, nak bagi anak sendiri terseksa. Saya pun pelik, saya upload hanya untuk bergurau pun mereka nak jadikan isu besar” kata Elvina kepada Mstar .
Menurut Elvina lagi, selain mendapat kecaman hebat dia juga turut diugut oleh netizen untuk membuat laporan polis mengenai foto tersebut. Merasakan isu tersebut sengaja diperbesarkan oleh netizen, aktres itu bagaimanapun tidak menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis tentang nya.
“Ada yang siap DM saya ugut nak buat report polis. Saya rasa mereka sengaja nak besar-besarkan isu itu sampai nak report polis. Kalau mereka betul-betul mahu buat report polis, silakan. Saya boleh bawa anak saya sekali pergi balai polis.”
Posting yang menjadi isu tersebut bagaimanapun telah dibuang oleh Instagram gara-gara di report oleh netizen.