fbpx
Now Reading
Bermain Kutu Secara Tradisional Bukan Satu Kesalahan

Bermain Kutu Secara Tradisional Bukan Satu Kesalahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini heboh satu Malaysia mengatakan bahawa main kutu adalah satu kesalahan, tidak kurang juga apabila isu ini keluar di beberapa surat khabar tempatan yang turut melaporkan perkara yang sama.

Namun tahukah anda bahawa bermain kutu secara tradisional bukanlah satu kesalahan  seperti yang digembar-gemburkan, malahan permainan kutu yang sudah lama dimainkan di Malaysia ini yang kebiasaanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan di kalangan kaum keluarga , jiran tetangga , sahabat rapat, rakan sekerja ini sebenarnya terkecuali dari akta tersebut.

Ini kerana permainan kutu tradisional tidak bermotifkan sebarang keuntungan sebaliknya peserta hanya akan mendapat pulangan wang sama banyak seperti yang dilaburkan oleh mereka.

Anda masih takut? Sambung Baca Di Bawah

Akta yang ingin kami terangkan  adalah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang melarang mana-mana syarikat yang di tubuhkan di bawah  Akta Syarikat 2019 (dahulunya Akta Syarikat 1965 ROC) atau perniagaaan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (ROB), menjalankan aktiviti perniagaaan berkenaan.

Jadi selamat untuk dikatakan selagi permainan kutu tradisional itu tidak bermotifkan keuntungan maka ia tidak termasuk dalam akta. Malah kosmo juga pernah melaporkan perkara yang sama

Apa yang dimaksudkan dengan keuntungan?

Diringkaskan penulisan, sekiranya anda seorang peserta , jumlah keseluruhan yang akan/telah anda keluarkan adalah RM 1000, Maka kutipan yang akan anda perolehi adalah sama iaitu  RM 1000. Tidak  lebih dan tidak  kurangTidak ada sebarang reward seperti dapat Blender , Rice Cooker, Lebihan Wang Pelaburan atau apa sahaja yang berbentuk keuntungan.

Dipetik dari kenyatan akhbar yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tujuan utama Akta tersebut diperkenalkan adalah untuk menjaga kepentingan orang ramai yang terlibat dalam skim wang kutu yang rata-ratanya datang dari golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

“Sebenarnya, antara tujuan utama Akta ini diperkenalkan pada ketika itu adalah untuk memastikan syarikat-syarikat kumpulan wang kutu yang sedia menjalankan aktiviti berkenaan melalui proses penggulungan supaya penyelesai-penyelesai (liquidators) boleh mendapat kembali wang yang tertunggak dari peserta yang telah menerima bahagian wang kutu mereka dan membayar wang yang tertunggak kepada peserta lain yang masih belum menerima bahagian mereka supaya pembahagian yang sempurna dapat dilakukan.

“Selain daripada itu, tujuan akta ini dibentuk adalah untuk menjaga kepentingan orang-orang yang terlibat dalam skim wang kutu tersebut di mana sebilangan besar daripadanya terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ini kerana terdapat banyak kes di mana peserta telah berjaya mendapatkan wang tawaran masing-masing namun gagal atau tidak membayar balik kepada kumpulan wang yang berkaitan dan ini menjejaskan hak peserta yang lain. – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Kenyataan akhbar dari SSM disini

Undang-undang dunia dah selesai? Undang-undang akhirat?

Bagi yang beragama islam jika anda khuatir kan tentang hukum bermain kutu dari dalam islam , Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  pernah mengeluarkan artikel dan ada menyatakan bahawa kutu boleh dimainkan .Rujuk artikel di sini .

Jadi berbalik kepada cerita kita tadi, Walaupun secara undang-undangnya kutu tradisional yang biasa kita mainkan itu tidak salah, namun potensi untuk ditipu sebenarnya agak tinggi jika dimain bersama orang yang tidak dikenali atau pun kenalan yang jauh.

Jadi elakkan dari bermain dengan orang yang kurang anda kenali, seperti kawan kepada kawan, saudara kepada rakan , jiran kampung sebelah dan sebagainya.

Cara terbaik yang kami sarankan adalah bermain dalam kelompok kecil, jumlah pelaburan yang kecil dan hanya melibatkan kenalan rapat atau keluarga terdekat sahaja. Pastikan juga ibu kutu yang dilantik benar-benar seorang yang amanah. Ingat kawan-kawan yang Amanah dan boleh dipercayai!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.