“Kami Sebenarnya…” – Jasmin Suraya Chin Jelaskan Hubungannya Dengan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, timbul spekulasi mengenai hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Jasmine Suraya Chin apabila penyanyi itu muncul memberi kejutan buat Jasmine dalam satu acara majlis.

Bagaimanapun, Jasmine berkata dia selesa berkawan rapat dengan Sufian dan tidak kisah jika netizen mengaitkannya dengan penyanyi lagu Di Matamu itu. Malah, Jasmine mengakui ‘jatuh cinta’ dengan lagu nyanyian Sufian.

“Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

“Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Jasmine berkata dia yang mengajak Sufian untuk keluar makan dan mereka selesa untuk berkongsikan pengalaman cinta masing-masing.

“Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya.

“Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

6 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago