Selain Nora Anne, Kes Kematian Pelancong Di Pulau Tioman 2011 Pernah Gegarkan Malaysia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kisah yang menimpa Nora Anne baru-baru, memang mengejutkan seluruh Malaysia. Harapan keluarga dan juga seluruh rakyat Malaysia untuk menemuinya dengan selamat punah selepas mayat nya dijumpai 10 hari selepas kehilangannya .
Namun tahukah anda, selain Nora Anne, negara kita pernah digemparkan dengan satu kejadian yang membabitkan pelancong luar yang hilang suatu masa dahulu? Namun pergakhiran kisah mereka agak berbeza .
Kisah yang diciap oleh Ikhwan ini merupakan kes pembunuhan seorang pelancong dari Perancis yang telah terjadi pada 2011 di Pulau Tioman iaitu Stephanie Foray. Pembunuhan kejam yang dilakukan suspek kes ini mendapat liputan meluas kerana mayat Stephanie di bakar rentung hingga menyulitkan proses bedah siasat.
Stephanie datang bercuti ke Tioman
Polis menjalankan siasatan selepas mendapat report dari Konsulat Perancis dan akhirnya berjaya memberkas suspek
Polis menemui rangka tulang
Mangsa dibunuh dengan menggunakan cangkul
Suspek memberi kenyataan sewaktu prosiding dan ianya meragukan
Suspek peminum arak dan seorang pemabuk
Juga cuba menghancurkan bukti namun berjaya dikesan polis
Ini wajah suspek pembunuhan,
Kesan air mani dijumpai pada kemaluan mangsa, berkemungkinan dirogol
Saksi menyatakan mangsa mati bukan sebab penyakit tetapi kecederaan di kepala
Suspek didapati bersalah dan di jatuhkan hukuman mati
Walaupun kisah ini berlaku pada 8 tahun yang lalu, namun masih tetap diingati oleh orang ramai yang mengikuti rapat perkembangan kes tersebut. Walaupun agak berlainan tragedi ini dengan kes Nora Anne , tapi persamaannya adalah mereka berdua ini adalah pelancong dari luar.