fbpx
Now Reading
Anak Jadi Mangsa Buli Akibat Kes Kemaluan Ikan Masin

Anak Jadi Mangsa Buli Akibat Kes Kemaluan Ikan Masin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara enggan berdamai, anak kepada bekas pasangan pelakon Galih Ginanjar dan Fairuz A Rafiq menjadi mangsa buli di sekolah.

Menerusi laporan Liputan 6, anak tunggal pasangan itu, King Faaz Arafiq, 7, difahamkan turut sama terheret dalam kontroversi terbabit.

Dedah suami Fairuz, Sonny Septian baru-baru ini, King Faaz diejek dan dipanggil ‘Ikan Asin’ oleh rakan-rakan di sekolahnya hingga mencetuskan kemarahannya.

Sementara itu, kata isteri Galih, Barbie Kumalasari, keadaan yang terjadi kepada anak tirinya itu merupakan kesan atas tindakan ibu bapanya sendiri.

“Ya risikolah terutama kepada anak-anak seperti itu. Semakin viral beritanya, pastinya anak juga menjadi mangsa. 

“Dari awal lagi saya katakan, kasihan akan anak. Tetapi, rundingan untuk berdamai tidak mendapat respon positif,” kata Barbie.

Terdahulu, Fairuz masih belum bersedia menerima permohonan maaf daripada bekas suaminya itu selepas menghinanya dengan mendakwa kemaluannya berbau ikan masin di sebuah saluran YouTube.

Fairuz menerima sepucuk surat permohonan maaf Galih namun mempertikaikan tindakan pelakon lelaki itu yang seharusnya dilakukan terlebih awal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.