
“Jangan Persenda Wan Maimunah, Dia Bukan Watak Keji!”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nur Sajat dan Datuk Seri Aliff Syukri dalam satu video yang di muat naik di Instagram mempermainkan nama Wan Maimunah, seorang pelakon veteran terkenal. Tidak lama selepas dimuat naik, Wan Maimunah kemudian meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik itu.
Menerusi video tersebut, Sajat ditanya Aliff siapakah pilihannya seandainya diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Sajat pula menjawab mengapa pula dia diberikan watak-watak keji, langsung tidak sesuai dengan paras rupanya yang cantik persis seorang model.





Video itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata meminta agar Sajat dan Aliff tidak mempersenda pelakon- pelakon legenda tanah air. Malah ada yang meminta Wan Maimunah untuk saman mereka berdua.