Unik! Rumah Dua Negara, Bahagian Dapur Di Malaysia & Ruang Tamu Di Indonesia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebiasaannya kita banyak terdengar tentang umah yang cantik kan?
Tapi untuk kali ini apa kata kita teroka tentang rumah unik dan jarang di temui di mana-mana tempat dalam dunia — oh kecuali anda melancong ke Eropah.
Kenapa rumah ini unik?
Rumah ini dikatakan unik kerana Ia dibina di atas garisan perbatasan antara dua negara! Dapurnya terletak di negara kita Malaysia manakala ruang tamunya di negara jiran, Indonesia.
Menarik bukan? Ini kerana rumah ini terletak di Pulau Sebatik. Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian, yang mana utaranya adalah tanah milik Malaysia manakala bahagian selatannya pula kepunyaan Indonesia.
Rumah yang terletak di Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik, iaitu dekat timur laut Kalimantan ini dikatakan telah dibina pada tahun 1970-an.
Seorang pengguna facebook, Osman Saide yang berasal dari Tawau, Sabah telah berkongsi di akaun miliknya tentang pengalaman beliau sewaktu mengunjungi rumah unik tersebut.
“Sempadan kawasan kedua-dua negara didalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah iaitu terdapat tanda sempadan di laluan jalan dari arah ruang tamu menuju ke ruang dapur rumah,” tulisnya.
Dia turut berseloroh dengan menyatakan fikirannya terkeliru sama ada dia berada di Malaysia atau pun di Indonesia.
“Merasakan sebagai satu pengalaman sangat bermakna semasa berada di dalam rumah ini, sesekali terfikir-fikir secara keliru ‘aku sebenarnya berada di Malaysia atau di Indonesia?
“Sekejap ke dapur (Malaysia) dan sekejap ke ruang tamu (Indonesia), eh pening!?!”
Osman yang merupakan seorang wartawan dari RTM turut tertarik dengan cat pada bahagian depan rumah in yang diwarnakan merah putih sebagai simbolik warna bendera negara Indonesia manakala di bahagian beranda dapurnya pula terdapat bendera Jalur Gemilang yang berkibaran.
“Apa yang menariknya di rumah dua negara ini, di kawasan negara Indonesia rumah ini telah dicat berwarna merah dan putih iaitu simbolik kepada bendera negara Indonesia di keseluruhan dinding pada luar rumah sebagai persiapan menyambut 17 Ogos iaitu hari kemerdekaan negara Indonesia yang jatuh pada sabtu ini, manakala di kawasan Malaysia iaitu di dapur terdapat bendera jalur gemilang dipasang berkibar di bahagian beranda dapurnya.
“Sesekali terfikir juga, pemilik rumah ini adakah memiliki dua taraf kewarganegaraan? Haha abaikan soal itu, asalkan ianya unik dan jadi tumpuan umum,” ujarnya lagi.
Memetik temu bual Utusan bersama Ketua Daerah Sebatik Tengah, Harman, kebanyakan penduduk di Desa Aji Kuning adalah warganergara Indonesia, mereka pada awalnya tidak mengetahui bahawa Patok 3 merupakan tanda sempadan antara kedua-dua negara kerana pada tahun 60-an status kedua-dua negara masih belum diketahui.
Malah hubungan kekeluargaan yang rapat di antara penduduk di situ dengan jiran mereka yang di sempadan Malaysia menyebabkan mereka semua tidak menghirau kan tanda sempadan berkenaan.
Carian kami telah menemukan sebuah video milik Thompelika Doang yang telah menemu bual pemilik rumah unik tersebut yang bernama Mangapara seorang rakyat Indonesia.
Tidak pasti jika rumah tersebut rumah yang sama, tapi berdasarkan temu bual dan reka bentuk dalaman dan luaran rumah, ia memang sepadan walaupun cat di dalamnya kelihat berbeza. Mungkin disebabkan video tersebut telah dimuat naik 2 tahun lalu, iaitu pada 2017 sebelum pemilik menukar warna di bahagian dalamnya.
Video nya di bawah ni gais!
Apa pun status pemilik rumah ini, semoga rumah tersebut kekal miliknya dan diharap dapat ditambah baik memandangkan rumah ini pasti menjadi tumpuan orang ramai selepas ini.