fbpx
Now Reading
Pasport Malaysia ke 13 paling power dalam dunia dan ke 2 di Asia Tenggara

Pasport Malaysia ke 13 paling power dalam dunia dan ke 2 di Asia Tenggara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik untuk Rakyat Malaysia yang kaki travel, kaki holiday  dan backpack . Pasport Malaysia masih lagi mengekalkan penguasaannya dan kini ia berada di tangga ke 13 pasport paling ‘power’ di dunia.

Betul ke?? Betul!

Ranking tersebut yang telah dikeluarkan oleh Henley Pasport Index, sebuah institusi penasihat global bagi penyelesaian masalah kediaman dan kewarganegaraan, yang mana sumber dan data milik mereka adalah terkini dan sentiasa di kemaskini melalui International Air Transport Association (IATA )

Tapi macam mana pengiran dan kedudukan ranking di buat?

Ok macam ni,  Setiap pasport akan dinilai dan diberikan markah melalui sistem pengiraan seperti kat bawah ni sebelum kesemua markah di jumlahkan :

Akses ke negara lain tanpa memerlukan Visa = 1 markah
Visa pada waktu ketibaan = 1 markah
Akses ke negara lain yang kita kena apply sebelum depart : 0 markah
Akses ke negara lain yang kena dapat kelulusan kerajaan sebelum depart : 0 markah

Jadi hasil dari semua pengiraan tersebut Pasport Antarabangsa kita telah mendapat 176 markah, dengan 176 negara membenarkan akses tanpa visa kepada pasport kita manakala lagi 50 negara memerlukan kita untuk memohon visa masuk.

Hmmm Not bad kan ??

Ok berbalik kepada ranking, dengan jumlah 176 markah yang kita dapat tu , maka terhasillah kedudukan setiap passport ni. Lagi banyak markah lagi power lah! Jadi kesimpulan nya pasport kita kini berada di tangga ke 13 dunia , dibelakang Liechtensetein yang berada di no 12 dan dihadapan Chile yang kini menduduki no 14.

Macam mana pula dengan Passport Asia Tenggara Lain?

Untuk ranking Asia Tenggara, kita di berada di kedudukan ke 2 paling tingi di belakang Singapura  dan di ikuti Brunei di tempat ke 3.

Untuk ranking global pulak Brunei di tangga ke 22, Thailand di tangga 70  manakala Indonesia di no 75 .

No 1 dalam dunia ?

Kedudukan no 1 adalah milik negara jiran, Singapura yang berkongsi kedudukan dengan Jepun dengan mengalahkan Korea, German dan Finland di tempat ke 2. Untuk ranking ketiga pasport paling power pula dikongsi oleh 3 negara iaitu Denmark, Itali, dan Luxembourg.

Tempat tercorot macam biasa kekal milik Afghanistan, manakala kenaikan negara United Arab Emirated(UAE) juga agak menarik  kerana Pasport mereka dengan sebanyak 41 tangga  dalam tempoh 10 untuk berada dalam senarai Top 20 ( Mereka menduduki tempat ke 61 pada tahun 2010.)

Oh tak lupa juga, bagi anda yang ada merancang nak terbang keluar negara dan nak semak samaada negara tersebut memerlukan visa atau tidak boleh la buat semakan di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.