fbpx
Now Reading
Kejutan Hadiah Hari Lahir Ayah Yang Buat Ramai Orang Sebak.

Kejutan Hadiah Hari Lahir Ayah Yang Buat Ramai Orang Sebak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tak seronok sambut hari lahir bukan ?  Yalah benda setahun sekali. Pasti mengharukan kalau orang lain ingat hari lahir kita,Lebih-lebih lagi kalau kejutan tu dari orang yang tersayang.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna twitter @_MadreNana  atau nama betulnya Raihanah bersama ibu dan adik beradiknya yang sepakat membuat kejutan hari lahir untuk ayahnya dengan menghadiahkan sepasang kasut yang menjadi idaman bapanya sekian lamanya.

“Kami  adik beradik dan emak berpakat untuk mengejutkan ayah kami dengan menghadiahkan ayah, sesuatu yang dia inginkan dari 2 tahun lepas.

Ini untuk ayah, selamat hari jadi yang ke 52. Saya sayang ayah, kami semua sayang ayah”      – Raihanah

Kicauan ini setakat ini telah di mainkan sebanyak 900, 000 kali dan 38,000 ulang kicau.

Di dalam video ini , si ayah sedang santai melihat kasut-kasut di rak sebelum dihampiri anaknya yang memberikan satu paper bag yang berisi kotak didalamnya

</

Saat menyedari apa isi didalam kotak pada bag tersebut

Saat si ayah menangis, semua turut menangis.

Menurut Raihana ayahnya sudah 2 tahun meminati kasut ini, namun tidak pernah memilikinya.

Jadi dia dan mereka yang lain sepakat menghadiahkan kasut Onitzuka Tiger Mexico66 klasik ini.

Reaksi yang spontan dari si ayah dan keluarganya menyebabkan ramai netizen terharu dan sebak.

Rata-rata netizen yang tersentuh hati memuji tindakan mereka, tidak kurang juga yang turut mengucapkan ucapan hari lari untuk si ayah.

Video penuh untuk tatapan anda :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.