fbpx
Now Reading
Neelofa Dikuarintin Seminggu Akibat Influenza A

Neelofa Dikuarintin Seminggu Akibat Influenza A

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/neelofa/photos/rpp.111918652165065/2700827729940798/?type=3&theater

Pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Nor kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota akibat jangkitan Influenza A.

Neelofa menerusi kenyataan di Facebook berkata, dia dijangkiti virus berkenaan ketika perjalanan ke Arab Saudi baru-baru ini.

“Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.

“Saya juga terpaksa menolak dengan baik menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang berhasrat untuk melawat saya kerana ia berjangkit,” katanya.

Neelofa mula menyedari dirinya kurang sihat setibanya di Malaysia dan bergegas ke ke hospital bagi menjalani pemeriksaan. Dia juga mohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Semoga saya sihat pada minggu hadapan dan kembali bekerja seperti biasa,” katanya.

Sumber : HMetro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.