Demi Sebuah Cinta , Lelaki Malaysia ini Sanggup Pandu Sejauh 25,000 KM Ke Jerman

Cinta itu gila, tak memandang usia, apatah lagi status, apa lagi rupa.

Ayat yang datang dari ungkapan Latin iaitu Omins Amans Amens ini sememangnya terbukti benar belaka.

Demi cinta kasih sayang, ada manusia yang sanggup bertindak jauh dari luar jangkauan. Itulah realitinya dan itulah juga yang sedang dilakukan oleh pemuda ini, Hadri  yang kini sedang dalam perjalanan bertemu kekasih hatinya .

Aik ? Macam tak berapa gila je?

Percaya atau tidak , dia sedang memandu dan sedang dalam perjalan dari Malaysia ke Jerman demi mengejar cinta hatinya, Derya Susan seorang rakyat jerman yang telah dikenalinya hampir 12 tahun menaiki kereta lagenda yang menjadi idaman setiap lelaki iaitu Toyota Ae86!

Perjalanan’gila’ sejauh 25,000 km dari Putrajaya ke Nurburbing, Jerman ini difahamkan akan mengambil masa dalam lingkungan 3 bulan dan akan merentasi 24 negara sebelum dia dapat menemui kekasih hatinya itu. Ketika artikel ini di tulis, pemuda ini dia sudah berada di Thailand.

Mula berkenalan pada tahun 2007 dalam satu sesi lawatankerja ke Jerman sebelum bersambung dengan percintaan jarak jauh dan hanya melalui talian , kisah cinta mereka tidak berakhir di situ sahaja , difahakam kan Hadri sudah melamar kekasih nya setahun yang lalu. Dan demi memegang janji nya dia kini sedang memandu ke sana untuk membawa pulang wanita  tersebut.

Disebabkan minat Hadri terhadap kereta selain dari ingin mencuba satu kelainan dalam hidup nya, pemuda ini nekad untuk memandu sejauh itu, kerja gila ini sudah dirancang semenjak setahun yang lalu. Semangatnya lebih membara selepas mendapat sokongan dari rakan-rakan termasuk dari segi kewangan dan fizikal dan mental.

Usaha Hadri ini turut dimudahkan dengan sokongan dan bantuan penuh dari Kementerian Pelancongan dalam urusan berkaitan visa .

Semoga semuanya dipermudahkan buat lelaki berjiwa kental ini!

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago