fbpx
Now Reading
Datuk Seri Vida Kantoikan Aliff Syukri, Kolam Ikan Dikatakan 12 Kaki Rupanya…

Datuk Seri Vida Kantoikan Aliff Syukri, Kolam Ikan Dikatakan 12 Kaki Rupanya…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B1DvzcQHNHa/https://www.instagram.com/p/B1IvzKRgV7b/https://www.instagram.com/p/B1eLj_BgCh6/

Minggu lalu kecoh apabila dua rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang saling berbalas video, memperjelas mengenai tips atau cara membela ikan dalam skala yang besar dalam sesebuah kolam.

Kisahnya bermula apabila ratusan ikan dari spesis Kelah Emas peliharaan Aliff mati kerana dikatakan kekurangan oksigen. Lalu, penyanyi I Am Me itu ada berkongsi video ‘mengajar’ Aliff mengenai cara-cara memelihara ikan komersial dengan betul.

Namun berlaku ‘sesi berbalas’ sindiran di antara mereka berdua sehinggalah pada awal semalam, Datuk Vida ada berkongsi sepotong video pendek hasilan sunting dari pengguna media sosial lain yang membayangkan Aliff ‘kantoi’ mengenai tahap kedalaman kolam ikan di kediamannya.

Aliff sebelum ini mendakwa, kolam ikan yang dibinanya sedalam 12 kaki dan diakui sendiri salah seorang pekerjanya.

Bagaimanapun, semuanya seperti kantoi apabila video yang dikongsikan itu turut memaparkan dua keping foto anak Aliff Syukri yang sedang bermain di kolam ternakan yang sedang dibina serta kelihatan cetek!

“Saya pun tak tahu, nak bagi kredit kat yang buat editing video nk atau nak gelak,” tulisnya ringkas.

Serentak dengan perkongsian dari Datuk Vida, ruangan komen pada entri berkenaan sudah pun mencecah lebih 2,000 komen yang rata-ratanya terhibur dengan hasil ‘siasatan’ yang dibuat netizen.

Malah, gaya ketawa Datuk Vida pada hujung video juga dilihat cukup lucu.

Foto: Instagram Datuk Seri Vida, Datuk Aliff Syukri

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.