fbpx
Now Reading
Mentua Sporting Buat Kejutan Pada Anniversary Perkahwinan, Netizen Luah Rasa Teruja

Mentua Sporting Buat Kejutan Pada Anniversary Perkahwinan, Netizen Luah Rasa Teruja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tengok cerita ‘ibu mertuaku?’ Satu sahaja perkataan yang terkeluar dari mulut penulis. Ngeri!

Kisah masalah antara mertua dan menantu sebegitu dah terlalu common dikalangan  masyarakat kita. Bezanya sama ada menantu yang buat hal atau sebaliknya. Sampaikan kes sebegini dicatat tinggi dalam statistik penceraian di mahkamah syariah.  

Tapi topik harini bukan nak cerita pasal mertua yang sedemikian.  Kami nak bercerita mengenai kisah mertua yang sporting, penyayang dan tahap sweetnya? semanis gula! Hehe

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Nasriq Asari dimana ibu nya, dikatakan telah membuat kek sendiri secara homemade semata-mata untuk memberi kejutan kepada kakak ipar dan abangnya sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 6 .

Apa kata kita tonton video yang dimuat naik Nasri itu di bawah :

Alahai Sweetnyaaaa! Biasanya pasangan masing-masing yang buat kejutan sesama sendiri, ini tidak! Ibu/Ibu mertua pula yang membuat buat kejutan.

Malah, boleh dilihat semuanya seperti dirancang rapi dengan si ayah berjaga diluar manakala ibu Nazriq berselindung di sebalik langsir bersama kek di tangan menantikan kemunculan menantunya di muka pintu sebelum menghadiahkan kejutan dengan kek dan ucapan ‘Happy Anniversary’ saat wanita itu melangkah masuk.

Reaksi ibunya yang bersahaja dan bersungguh-sungguh semasa melakukan kejutan benar-benar menyentuh hati para netizen.

Menurut Nazriq, mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga pasangan adalah satu benda yang indah, dan dia turun mendoakan orang ramai turut merasai keharmonian rumah sedemikian.

“ Mempunyai hubungan yang baik dengan mak/ayah mertua adalah satu keindahan dalam rumah tangga. Saya doakan semoga kita dapat keluarga mertua yang cocok dengan kita, sebab selepas kita berkahwin dengan pasangan, umpama kita berkahwin dengan keluarganya skali kan ? “

“Lagipun perkahwinan adalah penyatuan antara 2 keluarga betul? ” ujar nya lagi

Rata-rata warga twitterjaya memuji sikap ibu Nazriq malah ramai yang mengidamkan mempunya mertua seperti ibunya kelak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.