Travel memang menyeronokkan, tak kisahla sama ada pergi bercuti, atau pulang ke kampung, balik ke rumah selepas 1 sem di hostel atau mungkin trip bekerja sebab kita dapat lari dari rutin yang biasa kita lakukan.
Namun ada satu perkara yang paling tidak menyeronokkan.
Berkemas! Yes Berkemas!
Lagi-lagi bila kalau trip tersebut memerlukan kita untuk membawa banyak barang keperluan. Dari rancangan asal nak bawak satu beg, alih-alih pengakhirannya terpaksa bawa lebih jugak.
Tapi lain pula ceritanya untuk seorang gadis ini, Liz yang berasal dari Carolina. Difahamkan dia berjaya menyusun kemas barangan peribadi miliknya kedalam satu beg untuk dibawa pulang ke kampus nya di Universiti Winston-Salem setelah tamat cuti musim panas.
Alah! Kami pun boleh ! Mesti korang nak cakap macamtu kan?
Nanti dulu, apa kata tengok dulu berapa banyak barang peribadi yang kami maksudkan.
50 helai pakaian , 9 Pasang kasut dengan hanya satu beg. Anda boleh? Haha . Yang lagi menariknya kesemua barangan ini hanya memakan masa setengah jam untuk disusun.
Kat bawah ni pula hasil selepas semua barang tersebut disusun.
Liz juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk menutup zip beg tersebut.
Kasut mana? tak masuk kasut pun?
Nanti . Tengok dulu, Anda akan jadi macam salah seorang ni, dia juga turut tertarik malah berseloroh mengenai lokasi kasut Liz di simpan. Tengok video bawah ni:
Rata-rata pengguna twitter memuji kehebatan gadis ini malah ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana Liz boleh berbuat sedemikian. Kalau dapat buat tutorial pun bagus kan? Mesti bermanfaat untuk ramai orang!
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…
Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…
Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…