Now Reading
[FOTO] Dulu berkahwin di Muzik Video, Kini Ippo Hafiz Berkahwin di Alam Nyata, Dengan Gadis Sama! Sweetnya

[FOTO] Dulu berkahwin di Muzik Video, Kini Ippo Hafiz Berkahwin di Alam Nyata, Dengan Gadis Sama! Sweetnya

Pernah dengar lagu Ippo Hafiz – Saat Bahagia, lagu OST  untuk drama Pujaan Hati Kanda? Bestkan? Lagu ni kalau main masa majlis wedding pun mesti best! Model dalam video clip nya pulak cantik ya amat!  Instafamous kot! Sampai nampak ketara muka Ippo girang semacam dalam video klip tu ! Haha!

Namun siapa sangka, pertemuan mereka sewaktu pembikinan muzik video itu dan lakonan mereka sebagai pasangan kekasih didalamnya akhirnya membawa Ippo Hafiz dan model dalam klip itu sendiri, Fara Roslan ke jinjang pelamin; sama seperti dalam muzik video tersebut!

Pasangan ini telah di ijabkabulkan pada  sabtu lalu (24 ogos) seperti perancangan asal, di sebuah vila di Jalan Ampang selepas hampir setahun berkenalan. Sekali lagi terima kasih kepada muzik video tersebut.

Mereka dinikahkan oleh bapa Fara dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Orang Islam  W.P Kuala Lumpur , Ustaz Mohd Nasir Abdullah dengan sekali lafaz.

Terdahulu hubungan cinta pasangan ini bagaikan sudah dapat dihidu peminat gara-gara Raja OST itu yang dilihat kerap  memuat naik fotonya bersama Fara  di akaun Instagram miliknya.

Beberapa ketika kemudiannya Raja OST itu mengesahkan desas desus tersebut dengan menghantar rombongan merisik di kediaman keluarga Farah seterusnya  mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Scroll ke bawah untuk lihat foto di sekitar majlis pernikahan dan persandingan belah perempuan .

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.