
Bella Dally Kongsi Video Bayangan Dirinya Sedang Mengandung
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sepotong video yang dikongsi pelakon Bella Dally mendapat perhatian ramai di akaun Instagram (IG) miliknya.
Semuanya gara-gara rakaman dirinya memegang alat penguji kehamilan dengan senyuman.
Rata-rata rakan artis dan peminat cuba meneka yang Bella sedang hamil apabila alat penguji tersebut menunjukkan dua garisan merah.


Di samping itu, segelintir netizen turut mendoakan semoga Bella dikurniakan cahaya mata serta rumah tangga yang dibina kekal bahagia.
Walau bagaimanapun sehingga kini Bella belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.
Terdahulu, dengan sekali lafaz Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan Arif Izuddin Mohd Radzali pada tanggal 31 Mac 2019.
Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.