fbpx
Now Reading
“Gaya macam tak sesuailah” – Pakaian Nadia Brian Dikritik Kerana Seakan Berhijab

“Gaya macam tak sesuailah” – Pakaian Nadia Brian Dikritik Kerana Seakan Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahad lalu menyaksikan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2019) melabuhkan tirai. Ramai selebriti turut hadir dengan pelbagai gaya fesyen, namun kali ini mata netizen lebih tertumpu kepada fesyen pelakon, Nadia Brian.

Perkongsian Nadia dalam persalinan dress pendek ‘animal printed’ nampaknya menimbulkan kecaman netizen. Selain mengenakan dress pendek, Nadia turut memakai sarung kepala seakan hijab untuk dipadankan bersama.

Namun ada juga yang memuji fesyen Nadia.

Rata-rata mengecam tindakan Nadia berfesyen seolah mempersendakan agama Islam apabila memakai hijab dengan pakaian seksi. Ramai meluahkan rasa marah dan merasakan Nadia tidak perlu memakai hijab dikepala.

Selain Nadia, selebriti lain seperti Mimi Lana juga pernah mendapat kecaman apabila hadir ke KLFW dengan memakai kemeja petak berwarna merah tanpa berseluar. Apapun ada batasnya dalam berfesyen, kena sentiasa beringat. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.