fbpx
Now Reading
Takkan Lari Lif Dikejar , Laju Sangat Nak Pergi Mana? – Respon Win Rapid KL Isu Lif OKU

Takkan Lari Lif Dikejar , Laju Sangat Nak Pergi Mana? – Respon Win Rapid KL Isu Lif OKU

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu mengenai rakyat kita yang selalu menyalahgunakan kemudahan awam kerap kali timbul, dari isu parking OKU,  tempat  duduk dalam LRT/MRT , kemudahan lif dan pelbagai lagi.

Semalam RAPID KL telah berkongsi satu foto di FB rasmi mereka yang memperlihatkan seorang OKU sedang beratur menunggu giliran di belakang orang awam, untuk menaiki lif.

Oh normal la lif? Memang kene beratur’

Untuk anda yang jarang menaiki pengangkutan awam. Apa kata anda semak gambar tersebut. Perhatikan Logo di atas pintu Lif. Bukankah itu Lif OKU?

Perkongsian untuk menyedarkan yang menarik dari Rapid KL dan yang pasti kapsyen nya memang kaw, seharusnya mereka pengguna-pengguna MRT/LRT yang sihat belaka ini untuk mengutamakan orang yang lebih memerlukan. Dah terang lagi bersuluh yang kemudahan awam tersebut disediakan untuk pengguna OKU kan?

Posting yang dimuat naik Rapid KL ini turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bengang dengan orang awam yang bersikap sebegini. Malah ada juga yang memerli dan mengatakan mereka ini juga OKU, secara sarkastik .

Sekurang-kurang lepas kan pengguna kerusi roda itu ke depan dahulu

Mereka mungkin OKU juga, Otak Kurang Upaya

Rasanya da sampi masanya untuk masyarakat kita berubah. Takkan nak kena kat batang hidung sendiri , baru nak faham apa yang orang lain rasa ?

Dan kalau anda merasakan anda juga seorang OKU, silalah ke JKM dan ambil borang disana dan segeralah ke hospital! Dapatkan pengesahan dari Pakar. Mudah bukan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.