Gambar Mahkamah Yang Dimuat Naik Noor Nabila Cetus Tanda Tanya Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Terdahulu, netizen meluahkan rasa gembira rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah kembali pulih Ramadan lalu. Malah, pasangan itu juga turut menyambut hari raya bersama anak lelaki mereka, Jebat Jayden.
Bagaimanapun, baru-baru ini timbul desas-desus apabila ada pihak mendakwa rumah tangga pasangan itu kembali bergolak.
Menurut Miss K dari portal Astro Gempak, perkhabaran itu diterima daripada seorang rakan yang mendakwa Nabila nekad mahu menfailkan pereceraian selepas usahanya untuk menyelamatkan perkahwinannya gagal.
Malah, foto di sebuah lokasi dipercayai kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutan Kuala Lumpur yang dimuat naik oleh Noor Nabila menerusi Inta Story semalam sekaligus mencetuskan tanda tanya.
Diruangan komen, netizen yang menyedari perkongsian foto tersebut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan.
Netizen juga turut berharap pasangan itu terus mempertahankan perkahwinan mereka dan mendoakan mereka menemui jalan yang terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan.
- SUMBER : ASTRO GEMPAK