Zynakal Artis BBNU Didenda RM2800 Atas Kesalahan Cederakan Atendan Stesen Minyak

Teka teki siapa artis BBNU yang dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah stesyen minyak di Ampang akhirnya terjawab apabila media melaporkan Zynakal atau nama betulnya Muhammad Raziq Rosli didenda RM 2800 oleh Majistret Ampang atas kesalahan tersebut.

Tindakan nekad nya mencederakan pekerja stesyen minyak itu menyebabkan industri hiburan kecoh malah beberapa nama turut dikaitkan terutamanya Haqiem Rusli yang dikecam teruk di akaun media sosialnya. Artikel berkaitan

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap penyanyi itu yang mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dikenakan.

Bagi kesalahan pertama iaitu mendatangkan kecederaan, Zynakal didenda RM800 manakala pertuduhan kedua iaitu menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000.

Zynakal bagaimanapun telah membayar denda tesebut bagi mengelakkan dia dari berdepan hukuman penjara enam bulan sekira gagal membayar .

Mengikut pertuduhan, Zynakal didakwa mendatangkan kecederaan terhadap pekerja stesen minyak warga Bangladesh, Ahmad Mostak di Pandan Prima, Ampang, petang 28 Ogos (2 hari lalu)dan menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.

Pertuduhan pertama dikemukan mengikut Seksyen 323 kanun keseksaan, yang menperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2000 atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Manakala pertuduhan kedua didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda maksimum RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.

Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran untuk penyanyi yang popular dengan lagu Terbang ini memandangkan dia seorang yang begitu berbakat besar.

Selain dari menyanyi, dia juga berbakat dalam menghasilkan muzik. Antara lagu ciptaanya nya yang paling meletop adalah Selamat Tinggal Sayang nyanyian Haqiem Rusli

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago