fbpx
Now Reading
“Don’t let the anasir jahat defeat our country, our people” – Dato’ Lee Chong Wei

“Don’t let the anasir jahat defeat our country, our people” – Dato’ Lee Chong Wei

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

=68.ARDyQJO2vLzzw-dIb9hl3EcXHNV00JXksXi5S_LinvKaLIWGkNHJ3QW-tpmxE3PDvNfhaQBnIxaaIc_SLacSd8l7MLso_qBhaYj-KuCRM1zd8TTdM3FZJzvGg5ZL4O_8p9tw0EM9qiqxWaG1cdaH5VnxBrR_ZHtJQrcVHZoG4pIoYSyeWv6G78X7NWM3_NoQU2-_082LXrfO3UbTUmYHaDlEi1c8DI7jfyJ1uduO1OO0ZXyT-J_Ss9Ib2PxRJrczv8_3ijd4u3FMyd_xHt4zYrN6HVTXslaMccAyr96nuGG4U1eGC2C6Fft-UxByYCMGm7TdCRLKouOyuFGUC8oXMC75Ug&__tn__=-R"]https://www.instagram.com/p/B1xjxsGA9SP/https://www.instagram.com/p/B1xkVNKgT5-/

Kita sedang menyambut Hari Kemerdekaan ke-62 tahun ini. Terbaharu, Dato’ Lee Chong Wei telah berkongsi di laman sosial Facebooknya tentang betapa kecewanya beliau apabila isu perkauman sengaja dibangkitkan dan ada segelintir rakyat Malaysia yang bergaduh antara satu sama lain berkaitan isu tersebut.

Menurut perkongsian tersebut, beliau berasa sedih dengan keadaan sekarang kerana disebabkan satu isu kecil yang boleh diselesaikan apabila bertolak ansur menjadi besar. Malah, ini bukanlah Malaysia yang beliau perjuangkan sebelum ini.

Nama Dato’ Lee Chong Wei tidak asing lagi dalam arena sukan kita kerana beliau berjaya mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa. Beliau juga berkongsi satu moment dalam hidup beliau yang masih lagi segar dalam ingatannya.

Ketika pertemuan beliau dan Lin Dan dalam perlawanan akhir Malaysian Open 2006, boleh dikatakan waktu itu beliau sudah hampir tewas dan ingin berputus asa kerana ketinggalan 7 mata di belakang.

Adakah anda tahu apa yang menyebabkan beliau bangkit untuk terus berjuang? Kerana sokongan anda, beliau bangkit dan menjadi juara agar harapan anda tidak menjadi sia-sia.

Menurut Dato’ Lee Chong Wei, waktu beliau sudah mula ingin berputus asa, beliau melihat ke arah penyokong dan dapat melihat budak perempuan berbangsa Melayu sedang menutup mata dan berdoa untuk beliau.

Selain itu, beliau juga melihat budak perempuan berbangsa India sedang menangis dan beliau menganggap budak tersebut menangis untuknya. Malah, dilihatnya juga seorang budak lelaki berbangsa Cina yang bersorak namanya untuk terus berusaha.

Justeru itu, beliau tahu bahawa beliau tidak boleh berputus asa kerana seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya. Bagi Dato’ Lee Chong Wei, Malaysia terdiri daripada kawan, ‘ah ne’, dan ‘heng dai’.

Malah, Malaysia adalah tempat di mana beliau makan roti canai untuk sarapan, nasi lemak untuk makan tengahari dan char koey tiao untuk makan malam. Kepelbagaian kaum dan keharmonian yang ada menjadi kita unik sebagai rakyat Malaysia.

Diharap dengan perkongsian oleh Dato’ Lee Chong Wei dapat membuka mata anda untuk tidak mengambil perkara yang kecil dan diperbesarkan hingga boleh menggugat keamanan dan keharmonian yang telah ada sebelum ini. Kalau kita boleh bersatu ketika menyokong sukan badminton, kenapa tidak di waktu lain?


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.