fbpx
Now Reading
Honda CRV Masuk Lorong Kecemasan Secara Mengejut Sebabkan Ambulans Terbalik

Honda CRV Masuk Lorong Kecemasan Secara Mengejut Sebabkan Ambulans Terbalik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/raymond.ng.94849/videos/1249429398549814/

Rasanya semua orang tahu yang penggunaan lorong kecemasan di lebuhraya hanyalah untuk tujuan kecemasan sahaja, malah penggunaan  selainnya akan dikenakan tindakan oleh pihak berwajib.

Namun semalam, di laluan Lebuhraya Karak , sebuah ambulan telah terbabas dan nyaris terbalik  gara-gara cuba mengelak  sebuah SUV jenis Honda CRV yang meluru masuk ke lorong kecemasan dari lorong tengah lebuhraya berkenaan.

Tonton video tersebut yang dikatakan berlaku di laluan Genting Sempah ke Tol Gombak  hasil perkongsian Raymond Ng di Facebook Dash Cam Malaysia.

Walaupun SUV berkenaan telah memberikan signal untuk menukar lorong, namun tindakan melulunya masuk tanpa meninjau keadaaan di lorong ke kecemasan telah mengundang kecaman netizen. Rata-rata mereka menyalahkan pemandu SUV berkenaan atas kecuaiannya .

Setakat artikel ini ditulis pihak kami masih  belum mengetahui keadaan penumpang dan pemandu di dalam Almbulans berkenaan, semoga mereka selamat dan tidak mengalami apa-apa perkara yang serius.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.