fbpx
Now Reading
“Saya hijrah bukan nak jadi ustaz tau” – Safiey Illias

“Saya hijrah bukan nak jadi ustaz tau” – Safiey Illias

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru saja menjalani pembedahan untuk membuang payudara palsu atau implan silikon, usahawan kosmetik Safiey Illias memberitahu dia mahu menjadi dirinya sendiri dan selesa dengan penampilannya kini.

Katanya lagi, dia tetap manusia biasa yang berdosa namun dia berjanji akan memakai pakaian lelaki walau kemana sahaja dia pergi. Safiey juga meminta agar mereka diluar sana tidak berharap terlalu tinggi kerana dia masih mencari hidayah Allah.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/08/27/saya-buat-demi-redha-allah-dan-mak-ayah-safiey-illias-buang-implan-silikon/

Menurut Safiey lagi, dia berhijrah bukan untuk menjadi seorang ustaz tetapi untuk kembali ke fitrah asalnya iaitu menjadi lelaki.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/08/13/raya-lepas-saya-cakap-last-pakai-baju-perempuan-safiey-illias-tunai-janji-pada-hari-raya-aidil-adha/

Safiey juga mengakui dia sudah mula menggunakan tandas lelaki dan meminta kepada netizen agar diberi ruang dalam penghijrahannya kali ini. Dalam pada itu, Safiey turut meminta maaf andai dia melakukan kesilapan.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Safiey akan terus istiqamah. Semoga Maal Hijrah kali ini membuka lembaran baru buat Safiey.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.