Selamat Bernikah, Ardell Aryana Merisik Suami Dengan Senaskah Al-Quran

Rata-rata ramai terkejut dan tumpang gembira dengan majlis pernikahan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa semalam. Kongsi Ardell, sudah banyak kali Nadzmi memberi bayangan mahu mengajaknya berkahwin namun beliau menolak.

“Saya dah anggap dia macam adik dan kami macam kawan baik, masa susah dan senang ada bersama. Dia ada bagi beratus kali hint nak ajak kahwin tapi saya tak bagi jawapan sebabnya saya tak bersedia lagi”

Namun pendiriannya berubah apabila Ardell memutuskan untuk merisik suaminya dengan memberikan senaskah Al-Quran. Jelas Ardell, beliau mahu suaminya fahami dan khatamkan dahulu sebelum menerimanya sebagai isteri.

“Rasa banyak kekurangan dan bukan mudah bergelar isteri. Sehinggalah selepas hari raya Aidilfitri lalu, saya sendiri merisik dia dan memberi senaskah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan”

Menjawab pula mengenai perancangan selepas ini, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di Mekah. Manakala soal cahaya mata pula, Nadzmi berkata, mereka tidak merancang dan menerima andai diberikan rezeki awal.

“Selepas ini Ardell ada latihan untuk misi kemanusiaan di Yaman dan Syria, manakala saya pula ada penggambaran. Insyallah bulan Oktober atau November depan majlis resepsi. Honeymoon kami mungkin menunaikan umrah hujung tahun ini,” jelas Nadzmi kepada m Star Online.

Terdahulu semalam dengan sekali lafaz Ardell dan Nadzmi sah bergelar suami isteri. Dalam majlis terbabit Ardell menerima hantaran senaskah Al-Quran dan mas kahwin bernilai RM300. Tahniah diucapkan!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

23 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago