fbpx
Now Reading
Kes Kecurian – Aliff Aziz Di Dakwa di Singapura

Kes Kecurian – Aliff Aziz Di Dakwa di Singapura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi dan Pelakon terkenal Aliff Aziz hari ini (3 Sept 2019) didakwa di Mahkamah Singapura atas tuduhan mencuri .

Dipetik dari Berita Harian Singapura, berdasarkan kertas pertuduhan, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sayang-sayang’ itu didakwa mencuri wang sebanyak S$ 300 (RM 909) dan Rupiah 1 Juta ( RM296) milik pelakon Indonesia, Raja Yunika  Perdhana Putri pada 7 jun lalu di sebuah bilik di Studio M Hotel , 3 Nanson Road, Singapura.

Selain dari pertuduhan tersebut , penyanyi kelahiran Singapura itu juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 ( RM47.96) milik seorang individu di sebuah kafe di Plaza Singapura pada 6 ogos lalu pada jam sekitar 4.45 pagi.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz yang hadir bersama seorang teman bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak S$ 5,000 ( RM 15,000) Perbicaraan akan disambung pada 1 Oktober ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.