fbpx
Now Reading
Shima Masih Lagi Menerima Gangguan Sihir

Shima Masih Lagi Menerima Gangguan Sihir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal 90-an, Shima, memberitahu bahawa dia masih menerima gangguan sihir daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Gangguan sihir itu juga sehingga mengakibatkan enam ekor kucing peliharannya mati berturut-turut.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima juga tidak menolak beberapa penyakit misteri yang membuatkan dia tidak mampu berjalan adalah berpunca daripada kesan sihir yang berterusan.

“Benda-benda syaitan dan iblis ni memang wujud dan saya telah berubat, ingatkan selepas gerai makanan yang diusahakan tutup akan membuatkan ia berkurangan namun jangkaan saya meleset apabila keadaan semakin teruk saban hari.

“Saya juga kehilangan enam ekor kucing peliharaan yang mati secara berturut-turut baru-baru ini, sampaikan doktor sendiri tidak mengetahui punca sebenar ia terjadi,” kata Shima kepada mStar.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Shima and The Boys ini meluahkan rasa lega apabila nasibnya yang kini bergelar golongan asnaf mendapat perhatian pihak kerajaan.

“Saya amat bersyukur apabila terpilih sebagai penerima Program Perumahan Rakyat ni, namun sejujurnya saya tak berupaya nak pindah secepat mungkin kerana kurang mampu untuk menampung kos sewa lori dan sebagainya.

“Rumah baru ini juga bakal mengurangkan sedikit beban yang saya dan suami tanggung selama ini, mana nak cari rumah sewa yang cuma berharga RM255 sebulan? Saya ni kira sangat bernasib baik, pihak zakat pun ada bantu daripada segi makanan, perubatan dan wang tunai,” tambahnya.

Sumber: mStar


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.