
Kuala Lumpur Bandar Ke-6 Paling Popular Di Dunia Buat Pelancong
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan Bandar ke 6 paling banyak dikunjungi di dunia bagi pelancong sepanjang tahun 2018 dalam satu laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Mastercard, semalam 4 Sept 2019.

Wow boleh tahan kan!
Dengan hampir 13.8 Juta pelancong, Kuala Lumpur mengekori rapat negara jiran Singapura, yang berada di tempat No 5 dengan pelancong seramai 14.6 Juta.
Yang menariknya Kuala Lumpur berada di hadapan Bandar New York , bandar yang dikatakan tidak pernah tidur, yang berada di no 7 dengan pelancong seramai 13.6 Juta
Namun secara keseluruhannya, kota Bangkok kekal mengungguli carta buat 4 tahun berturut-turut sebagai Bandar Paling Banyak Dikunjung Pelancong dengan jumlah pengunjung seramai 23.7 juta. Hampir 2 kali ganda dari Kuala Lumpur!

Tempat ke-2 dan ke-3 bagi bandar paling popular di dunia pula terletak di Eropah iaitu Paris dengan 19.10 Juta pengunjung diikuti rapat , Kota London di tempat ke 3 dengan 19.09 Juta. Manakala tempat ke 4 milik Dubai dengan jumlah pengunjung seramai 15.93 Juta
Kedudukan bagi Top 20 Bandar Paling Popular di Dunia bagi tahun 2018 di bawah :
