Now Reading
Pendaftaran Sewa Bilik DBKL RM100 Kini Dibuka

Pendaftaran Sewa Bilik DBKL RM100 Kini Dibuka

Berita baik untuk penduduk di Kuala Lumpur, fasa pertama projek Perumahan Bandar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dibuka untuk pendaftaran.

Projek yang diperkenal pada awal 2019 ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.

Pihak DBKL akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama ini manakala 135 penyewa lagi untuk fasa kedua pada penggal pertama 2020.

Di bawah skim ini, penghuni akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100 sahaja – termasuk air dan elektrik.

Sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

Setiap bilik pula boleh memuatkan empat hingga enam orang. Permohonan sewa ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL di sini

See Also

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon adalah:

  1. Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun
  2. Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
  3. Bekerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah dan kereta
  4. Belum berkahwin
  5. Sekiranya penghuni didapati membeli rumah, mereka akan diminta untuk berpindah. Selain itu, penghuni yang ingin berkahwin juga akan diarahkan untuk berpindah.

Sumber: SAYS

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.