Saya Janji Akan Tuntut Keadilan- Syed Saddiq Isu Provokasi Melampau Penyokong Indonesia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, malam tadi (5 Sept) meluahkan rasa kecewanya dengan insiden yang menimpa “Ekor Harimau Malaya” di Gelora Bung Karno ketika perlawanan aksi pertama Malaysia menentang Indonesia untuk kelayakan Piala Dunia
Menerusi Instagramnya, menteri muda itu berkikrar akan menuntuk bela untuk penyokong Malaysia dengan membuat satu laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia serta rakan sejawatnya di sana ekoran insiden tersebut yang turut mencederakan seorang rakyat Malaysia.
Terdahulu satu video tular yang memperlihatkan penyokong Harimau Malaya disambut dengan lemparan batu oleh penyokong Garuda sebelum sepak mula perlawaran. Perlawanan juga terhenti di minit ke 75 apabila kawasan tempat duduk penyokong negara kita dihujani suar.
Yang lebih menghampakan , mereka bertindak semakin ganas dengan melemparkan objek yang lebih berbahaya seperti botol,besi serta suar selepas kekalahan 2-3 pasukan Indonesia kepada pasukan Malaysia.
Dia yang berada bersama penyokong Malaysia semasa kejadian malah antara yang turut dikuarantin sehingga keadaan diluar stadium betul-betul terkawal ,turut memaklumkan yang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat aduan rasmi kepada badan induk bola sepak dunia FIFA ekoran dari insiden tersebut.
Apa-apa pun sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada pasukan polis dan tentera Indonesia kerana berjaya mengawal keadaan, malah melindungi saki-baki penyokong Malaysia yang berada disana. Buat pasukan kebangsaan pula ,seperti sebelum-sebelumnya mereka di bawa masuk dan keluar Stadium menggunakan keadaan tentera Barracuda .
Kalau tak tak pastilah apa nasib mereka.